Tuesday, November 8, 2016

MHTB

Alhamdulillah.Bermula 31 oktober 2116.Menjadi Stokis Munif Hijjaz Trading Berinsentif.Mengedar makanan kesihatan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Al Manna Arabic Gum


CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA


MASA MAKAN: 
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa,  ambil waktu sahur.
2. Waktu malam sebelum tidur.
  
CARA BANCUHAN:
1. 2 sudu makan (=25 gram) dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais) 
2. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja.


 CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:


i- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah goncang semula.
ii- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum.
 AL-MANNA
      Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain. 

     Sebenarnya, tanpa kita sedari, apabila kita minum coca cola kita telah minum gum arabic, tetapi jumlahnya amat sedikit dan dicampur dengan kandungan gula yang terlalu tinggi sehingga ia tidak bermanfaat untuk kesihatan. Begitu juga gum arabic yang dicampur dengan pelbagai makanan dan minuman lain, seperti kopi dan lain-lain, ia juga mempunyai manfaat sebagai prebiotik dan lain-lain manfaat, tetapi untuk kegunaan secara khusus untuk manfaat kesihatan yang bermasalah, minum bancuhan gum arabic 100% adalah lebih baik.
     Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat  menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis  atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.
MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA
   Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-
1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) &World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baikprebiotikbakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawapesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogennajis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakanhanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkanuraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itumeningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulanmembuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkankesan buruk CRF.
6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
9.  Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.
11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata,penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkinberbeza bagi sebahagian orang.
14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannyamungkin berbeza bagi sebahagian orang.
15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 
16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.
17. Laman web http://inrfood.com/ menyatakan Gum Arabic selamat diminum oleh ibu mengandung.